Sunday, August 15, 2010

Hampir! =(

Tepat pada jam 10 pm semalam, aku membonceng motor housemate masuk UiTM bertujuan untuk mengambil motorsikal kepunyaan housemate.
Pada masa itu, jumlah kenderaan sangat banyak. Aku pun hairan. Kenapa la time jugak kereta banyak? Pedulilah. Pejam celik pejam celik sampai jugak di kolej Resak.
"Jasamu dikenang paan," katanya.
Yada yada. Aku pun terus memecut keluar dari UiTM. Angkat tangan kat pak gad. Then babai.
Sampai kat depan matrikulasi, aku khuatir dengan tayar motor ini. Sebab sebelum ni aku bawak motor yang sama tayar depan memang flat giler. Aku pun tatau kenapa. Minta maaf tuan punya motor kerana terpaksa membiayai kos tayar tersebut. ==
Moving on.
Aku tiba di persimpangan lorong 10. Aku ternampak ada kereta. Jadi aku bajet dapat la lepas ni. Sampai kat persimpangan lorong 11 (lorong rumah sewa aku. Jemput lah datang ye?) aku bagi signal kanan. Tapi lampu tak hidup. OMG. Mengapa time ni lampu dia tak on? Aku baru nak belok ke kanan akan tetapi firasat aku mengatakan aku tidak patut dahulu. Tiba-tiba aku satu hamba Allah ni memecut laju dengan motor nya. Ya Allah. Aku nyaris berlaga dengan motor tadi. Setibanya aku di rumah sewa, aku try lagi lampu signal. Kiri. Kanan. Ok je. Tadi tak nyala pun! Pfft.
Aku pun terus bergegas menanyakan hal ini kepada tuan punya motor.
"Oh, bateri motor aku dah nak mati da,"
Oookaaayy. Aku tadi risk my life kot! Wtf.
Tapi bersyukur aku masih sihat walafiat atas ketentuan ilahi.
Alhamdulillah.

Thursday, August 12, 2010

*gasp*

I seriously love to eat. Munch. Mamam. Makan. Sebab makan itu best! Tapi bila sudah makan, perut mulai buncit. Muka nampak chubby. Badan rasa berat.

Inilah berlaku dalam Malaysia. Ada satu hari tu, saya keluar dengan memberz minum-minum kat kedai. Ingat minum segelas, berbual2 then balik.
Tak. Mereka semua makan; nasi ayam dan nasi lemak. Time tu nampak semua sedap. Saya: Tape la. Aku tamau makan.
Lan: Eleh. Nak diet.
Saya: Tak la. Aku tak rasa lapar la.
Lan: Paan, tgk. *hirup sup* mmph! Sedap nye sup ni!
Ala takat sup je, kata hatiku. Tapi seyes nampak sedap lak.
Hairy: Paan, hang cuba pikir camni. Kalau takda orang nk gemuk, sapa yang nak jd gemuk?

Fikir punya fikir. Aku pn tibai la nasi lemak. Kenyang~

What i'm trying to say is that kita buat pilihan jangan sampai memudaratkan diri. Kay?

Selamat berpuasa dan berbuka kaum muslimin dan muslimah. =)